Monday, November 5, 2012

Cerpen Dialek Utara


Peringatan: Saya menulis cerpen ini bertujuan untuk mendedahkan pembaca tentang dialek utara dalam bentuk karya kreatif. Cerpen ini mengandungi kesalahan bahasa Melayu baku kerana ayat-ayat yang ditulis banyak menggunakan dialek utara. Cerpen ini sesuai dibaca sebagai bahan bacaan yang bertujuan sebagai hiburan sahaja.




Baktiar dan Tanaman Ubi

Mak ni boleh pulak suruh aku pi kebun jurus pokok ubi gemala dia. Setengah jam dok pebetui remoih  dengan setburn depan cermin kena pulak masuk kebun. Naiya la kalau kotoq. Pakai baju lawa-lawa tapi masuk kebun. Sat lagi nak pi dating dengan Peah. Peah ajak tengok wayang lepas lohoq. Kalau kotoq sat lagi Peah beletiaq. Malas  pulak nak dengaq dia beletiaq. Tapi nak buat lagu mana,  kena la dengaq cakap Mak. Peah baru marka bukan jadi bini lagi. Bisik hati kecik Baktiaq.

Hoi Baktiaq. Hang nak pi mana segak-segak ni? Tegoq Pian.
Aku nak pi kebun sat. Nak pi jurus pokok. Mak aku pesan.
Laju sangat hang bawak motor. Pederas bukan main sampai berek menyakaq. Kebun hang tu bukan lari mana pun. Dok tang tu jugak.
Dak la. Aku pas ni aku kena jumpak marka. Kami janji nak tengok wayang. Dah la hari senayan hari tu aku tak jadi dating dengan dia. Tu yang hari ni nak pi awai tercangak depan pawagam tu.
Amboi demi marka hang sanggup noh. Tak pa la. Hang pi kebun dulu.

         Sampai ja kat kebun, Baktiaq terkejut sebab pokok ubi gemala habis kena gerit dengan tikus. Penat dia munggaq tanah sebab nak  tanam ubi gemala. Nanti bila dah dapat hasil boleh la dia pi jual kat pekan nat. Baktiaq yang rasa kecewa pun dok la berehat dekat ndoi hat dia ikat kat pkok pelam.

 Lepas ni aku nak tanam ubi ketela la pulak. Dak pun tanam ubi keladi.Tikus tak gerit ubi keladi.  Gatai la mulut tikus kalau gerit ubi keladi. Baktiaq dok cakap sorang-sorang.

Tiba-tiba henset Baktiaq berbunyi. Maka tertera nama Peah kat skrin telefon. Lupa pulak dia akan janji temu depa. Baktiaq pun pederas bawak motor sebab takut lambat sampai.

Awat lambat sangat sampai? Peah memuncungkan bibiaq tanda merajuk.
Tadi dok meralit kat kebun. Dok pikiaq masalah kebun. Tu yang lambat sikit. Daripada dok bekelai, biaq kita pi makan dulu. Sat lagi masa dok tengok wayang takut perut bergendang pulak.
Baktiaq nak oda sup tulang dengan nasik putih. Peah nak oda apa?
Peah nak oda mi goreng dengan ayiaq lengkong. Tapi mi goreng tu Peah nak depa letak toyu lebih sikit.

           Masa yang ditunggu-tunggu dah pun mai. Depa pun makan la makanan masing-masing. Makanan kat kedai tu sedap cuma Baktiaq la kena qekah daging hat liat. Rasa macam nak tercabut gigi. Baktiaq yang selesai makan pun basuh la tangan dekat ketoq yang ada atas meja.

            Lepas tengok wayang depa pun balik la ke rumah masing-masing. Depa balik awai sebab takut nanti balik sayup. Mesti mak dengan ayah depa beletiaq. Lagipun tak elok anak dara dengan anak teruna dok merayap kat pekan.

            Keesokan harinya. Pak Tam mai rumah Baktiaq. Puas dia keloi Baktiaq tapi tak menyahut pun. Tiba-tiba Baktiaq muncul dari belakang rumah.

      Awat Pak Tam mai cari cek?
      Aku mak mintak hang taboq padi kat bendang aku. Boleh dak.
      Sat lagi cek pi naih.

Baktiaq pun pi la bendang Pak Tam. Masa dia dia lalu kat bendang Leman, dia dengaq suara orang mintak tolong. Rupa-rupanya Leman terjatuh dalam keleboq.

      Awat hang terjun dalam keleboq ni?
   Aku tergelinciaq jatuh. Bukan saja-saja nak jatuh. Tolong tarik aku naik sat. Naiya la kalu hang tak dak tadi.
      Tak pa. Besa la tu. Tolong menolong ni kan bagus.

            Setelah selesai menaboq padi, Baktiaq pun membersihkan dirinya. Banyak betul yang lanyau melekat kat baju. Puas dia tonyoh, baru keluaq lanyau tu.

            Pada sebelah malamnya, Baktiaq memberitahu ibunya bahawa dia mahu menanam keladi secara komersial dan dia mahu meminta restu daripada ibunya. Setelah setahun menceburi diri dalam bidang pertanian, Baktiaq pun telah menjadi usahawan muda yang berjaya. Manakala Peah pula telah menjadi isterinya yang merangkap sebagai managernya.

Kamus dialek utara:
Ubi gemala : Ubi kentang
Remoih : Rambut di kepala yang di sikat  seperti jambul
Setburn: Rambut dibahagian tepi telinga
Lohoq : Zohor
Marka : Kekasih
Brek menyakaq : Brek mengejut sehingga meninggalkan kesan akibat membrek kenderaan di bahagian permukaan tanah.
Senayan : Isnin
Ubi ketela : Ubi keledek
Gerit : Gigit
Pekan nat : Pasar hari
Ayiaq lengkong : Air cincau
Toyu: Kicap
Qekah : Menggigit sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Perkataan ini kebiasaannya digunakan apabila menggigit sesuatu yang keras atau liat.
Ketoq: Alat untuk membasuh tangan
Sayup: Lewat
Keloi: Panggil
Cek: Saya
Keleboq:  Sejenis lumpur. Perkataan ini hanya digunakan apabila menggambarkan lumpur  yang diibarat sebagai pasir jerlus atau lumpur bekas kerbau berkubang.
Layau :Lumpur
Tonyoh : Menyental


Thursday, August 2, 2012

RAMADHAN

Raihlah pahala berganda pada bulan ini
Atas alasan apa kau tidak mahu mengejar pahala ini?
Mungkinkah sebelum ketibaannya kau sering terleka?
Atau kau lebih pantas  mengejar nikmat dunia?
Demi  sebuah kejayaan yang sementara
Hanya kerana kegembiraan  yang fana
Akhirnya kau lupa kewujudan bulan ini
Nikmatilah bulan ini sebelum ia berlalu pergi

Sempena bulan puasa ini, marilah kita sama-sama mengejar pahala. Bulan Ramadhan hanya sebulan. Walaupun sebulan, nikmat ganjarannya amat besar. 

Srikandi Yang Sepi

Kau adalah serikandi keluarga
Gigih membesarkan  anak-anakmu
Bagimu biarlah mereka meniti hari-hari indah
Walaupun kau terpaksa berperang penat dan lelah

Kini mereka menjadi manusia berjaya
Menara gading telah mereka genggam
Kertas berharga sudah mula menimbun
Semuanya hasil keringatmu dahulu

Mungkinkah bila dimamah usia, aku kian dilupa?


Bila keluarga mereka semakin membesar
Kau mula dilempar
Kau ibarat permainan bola
Yang lincah ditendang merata

Jauh dilubuk hatimu
Aku tahu kau menangis sayu
Anak-anak  berjaya di dunia fana
Tetapi gagal menjaga seorang bonda




Saturday, July 7, 2012

Manusia aneh

Pengalaman mendewasakan seseorang. Sepanjang pengajian di universiti, aku sering menemui orang yang cerewet. Selalu sangat berharap agar cepat praktikal. Tapi pengalaman praktikal amat menyakitkan. Bertemu insan yang amat cerewet dan amat sensitif. Jangan sesekali mengguris hatinya. Kau perlu melayannya  seperti seorang raja. Raja yang autokratik bukan demokratik. Pertama kali pecah rekod tak tidur 24 jam. Dah la tak tidur, esok pulak terus pi mengajar. Maka muka ibarat binaan separuh siap. Mata bengkak. Bibir pula jarang dihiasi senyuman.  Emosiku ibarat ombak di pantai. Kadangkala baik, kadangkala mengganas. Penderitaan ini bukan disebabkan oleh pengurusan sekolah. Bukan juga disebabkan masalah dengan cikgu2. Tapi disebabkan oleh orang yang mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan bakal seorang guru (Tak ada kena mengena dengan sekolah langsung). Nasib baik penentu masa depan yang sorang lagi baik. Memahami guru praktikal. Memahami masalah guru praktikal di sekolah. Sekurang-kurangnya aku bersyukur kerana hanya bertemu seorang sahaja yang berperangai pelik. Disebabkan aku bertemu insan sebegini, maka terlahirlah puisi ini buatnya

Identitimu sukar untukku difahami,
Kau amat ramah bila pertama kali bertemu,
Kau banyak memberikanku ilmu,
Kau membuatku rasa terharu,

Tetapi semakin lama kau ku kenali,
Aku seolah-olah mati,
Bibirku acapkali menyumpah sikapmu,
Sehingga mengubah identiti sebenarku

Sikapmu yang riak dan bongkak,
Membuat mataku kian membengkak,
Menitis air mata kerana ragammu yang bermacam,
Bagiku kau adalah manusia yang kejam

Perasaanmu yang sensitif dan aneh,
Membuatku rasa letih dan perih,
Setahuku cerewet itu milik hawa,  
Tetapi  sebaliknya adam adalah pemiliknya.

Walaupun pengalaman ini amat menyakitkan. Aku bersyukur kerana perkara ini merupakan ujian untukku. Ujian tidak akan diberikan kepada hambaNya yang tidak mampu. Ujian itu penguat hidup. Tanpa ujian, hidup manusia tiada cabaran. Hidup akan hambar dan manusia itu tidak akan berdikari. Sekurang-kurangnya, ujian ini akan menjadi panduanku apabila aku bertemu insan yang ragamnya sama  pada masa hadapan. 

Friday, July 6, 2012

Aku Mula Jatuh Cinta

Terasa hati ini mula jatuh cinta dengan mereka. Dulu bibir kerap merungut. Bila nak habis praktikal? Hari-hari tengok kalendar. Hari-hari naik status di facebook. Karenah pelajar amat memeningkan kepala. Terasa macam ada  bahan letupan di otak yang bakal di meletup. Tetapi bila dh lama mengajar, timbul pula perasaan sayang. Nikmat tugas guru terasa apabila melihat kejayaan pelajar. Berat hati meninggalkan mereka. Ramai yang merungut apabila dapat kelas belakang. Begitu juga saya. Tapi yakinlah bahawa jika  kita mula mengenali jiwa pelajar, kita akan mula menyukai mereka. Tak kisahlah kelas depan atau belakang. Saya yakin bahawa guru praktikal amat takut jika penyelia datang, kena pula kelas lemah. Begitu juga dgn saya. Namun bila saya mula mesra dengan pelajar, timbul pula perasaan tak kisah.  Tawakal ja dengan markah yang diperoleh, janji tak failed. Saya berani mengambil risiko utk membenarkan penyelia datang menyelia kelas yang lemah. Berani suruh penyelia yang memahami keadaan sekolah ja bukan penyelia yang pentingkan bahan yang gah tanpa mengira tahap kognitif pelajar. Tak adil pula jika ada perbezaan antara pelajar saya. Lemah itu perlu diperbaiki bukan dibezakan. Alangkah terkejutnya saya apabila komitmen yang diberikan oleh mereka amat positif. Saya menangis kerana mereka. Jujur saya akui bahawa mereka ialah pelajar yang nakal. Tapi mereka juga yang buat saya tersenyum. Untuk kelas yang kognitif tinggi, mengajar ialah satu cabaran. Sering diuji. Setiap malam tidur lambat menelah buku. Kalah masa belajar di universiti. Seperti kebiasaannya, guru praktikal ada tradisinya yang tersendiri. Sebelum habis praktikal, cenderamata kenang-kenangan akan diberikan. Sedih pula bila tengok cenderamata tu. Sedih bukan sebab harganya. Sedih sebab pemberian cenderamata melambangkan pengakhiran praktikal. Setelah menjadi cikgu, saya mula memikirkan masa depan pelajar saya. Biarlah habis wang ringgit asalkan mereka berjaya. Setiap kali solat, saya berdoa agar pelajar saya berjaya di dunia dan di akhirat. Kemanisan menjadi guru lagi terasa apabila ada pelajar yg menghargai usaha kita dan menunjukkan minat untuk belajar.


Kita dewasa kerana pengalaman,
Bukan ilmu teori yang diteliti sepenuh hati.  

Guru ialah seorang pendidik,
Bukan mengajar semata-mata


Pelajar yang lemah ialah pelajar yang istimewa,
Gilaplah sehingga  terserlah kebijaksanaannya,
Bukan mudah untuk melakukannya,
Tapi tak mustahil untuk mencapainya

Kisah Si Kurus dan Si Gemok

Cik Rus dan Cik Mok



Pada suatu hari Cik Mok dan Cik Rus berehat di tepi sungai. Mereka menunggu kedatangan Cik Tin. Si gemok mengeluh sebab badan dia yang semakin berisi. ‘ Cik Rus kenapa aku semakin gemok? Aku stress bila tengok penimbang. Kalau timbang mesti naik’.
‘Relaks la Cik Mok. Kau stress sebab kau gemok. Aku pulak stess sebab aku kurus kering. Aku dengan tiang elektrik lebih kurang ja. Tak ada beza’.
 Kedua-dua sahabat baik tu merenung jalan seolah-olah memikirkan jalan penyelesaian. Tiba-tiba Cik Rus bersuara.
‘ Mok, aku rasa kau gemok sebab makan banyak sangat kot.’
‘ Mungkin. Tapi Mak aku aku selalu cakap aku ni makan lalu sebab tu badan aku gemok’
‘ Kau pulak kenapa kurus? Kau diet ka?’
‘  Buat apa nak diet. Dah la kurus. Kalau diet mesti aku lagi kurus dari lidi. Kalau mak kau cakap kau gemok sebab makan lalu, Mak aku pulak cakap aku kurus sebab makan tak lalu’.
Sahabat mereka Cik Tin pun tiba dan mencelah perbualan mereka.
‘Cik Mok, kau nak tau tak kenapa kau  gemok dan kau pulak Cik Rus nak tau tak kenapa kau kurus?’
Cik Mok dan Cik Rus berpandangan. Mereka gembira kerana persoalan mereka akan terungkai.
‘Cik Rus, kau kurus bukannya sebab apa. Kau kurus sebab makan lalu dekat kau lambat. Makan lalu dekat Cik Mok dulu. Sebab tu Cik Mok  gemok. Cuba makan tu lalu dekat kau dulu. Mesti kau dah gemok sekarang. Betul la cakap Mak korang. Cik Rus kurus sebab makan tak lalu. Cik Mok gemok sebab makan lalu. Aku lak maintain sebab kadang-kadang makan lalu, kadang-kadang makan tak lalu’.
Cik Mok dan Cik Rus mengangguk apabila mendengar jawapan Cik Tin. Masalah ini berpunca sebab makan tak lalu. Maka benarlah kata orang tua kurus sebab makan tak lalu, gemok sebab makan lalu.

Wednesday, April 4, 2012

Sajak daripada kekalutan jiwa

Ingin sekali aku tiup sajak ini kepadanya. Biar angin sampaikan ketidakpuasan hatiku. Aku ingin sekali dia mengerti akan perasaanku. Namun, aku hanya mampu terdiam dan terus terdiam. Biarlah  rasa ini terpendam. Kerana dimatanya aku hanyalah semut kecil yang tidak bernilai. Namun, aku yakin hikmah itu akan mendampingiku. Dugaan yang ditempuh itu menguatkan semangatku untuk terus maju. Kepada insan tersebut, inilah sajak yang terlahir daripada hatiku yang kalut. 

bunga kesombongan itu indah terselit dimahkotanya,
menebarkan kewangiaan palsu yang dia megahkan,
sejujurnya aku lemas dgn kepalsuan kecemerlangannya,
benakku mati tatkala terpandang wajahnya yang gersang dgn kesopanan

Sunday, March 25, 2012

Tercipta bait-bait indah buat mereka

Azam ini akanku cuba
Zahirkan semampunya
Akrab sebuah persahabatan tercipta daripada persahabatan ini
Naluriku yang suci berdoa agar
Aman sentiasa berdamping di hatiku.

Amanah menjadi peganganku 
Tabah itu menjadi penguat hidup
Ikhlasku mencintai dia
Qari hidupku yang bisa menyemai
Akhlak murni dalam ruang jiwaku 
Hatiku pula ibarat setulus embun pagi yang dilimpahi kebahagiaan.

Fitrah naluri ini berbisik
Anganan bahagia tercipta seandainya aku
Zahirkan perasaan suci itu
Ilham yang tulus  ini terjelma pabila
Lahir cinta buatnya.
Luhur aku menyayanginya 
Akrab itu menjadi tali silaturrahim
Hubungan persahabatan nan abadi.

Akrab perhubungan itu telah tercipta
Indah pandangan matanya menusuk ke dalam hati
Naluri kewanitaanku yang  suci berbisik sesuatu 
Impian indah kami mungkin akan bersatu

Semangat itu telah aku pupuk
Harapan itu telah mula bercambah
Akal ini mula dihimpit pelbagai persoalan
Hati ini adakah akan terus mekar berbunga?
Impian ini adakah  milik kita?
Demi sebuah perhubungan nan indah
Aku terus melangkah dengan berani
Tekad ini aku genggam dengan erat
Untuk mempertahankan perhubungan kita
Lafaz indah tidak akan pernah terhenti di bibirku
Fahamilah jiwa ini
Akuilah keikhlasan ini
Renungilah sinar mataku yang tulus
Ingatilah janji yang telah kita pateri
Hargailah perhubungan yang telah kita bina
Akhirnya kita akan menuju kemanisan sebuah perhubungan
Hayatilah kisah manis ini dengan hati yang ikhlas


Thursday, March 15, 2012

Keraguan

Aku mahu ke kiri
Tetapi mahu juga ke kanan
Namun hati ini bercambah dengan keraguan
Benak ini berkecamuk dengan persoalan
Biarlah aku terus diulit awan
Lena tatkala di manja dinginnya
Sehingga bisa melupakan kenangan lama
Katamu ikutilah naluri wanitamu
Kerna kebenaran itu pasti bertemu
Jangan sesekali kau bersembunyi di sebalik awan,
Kerna perkara itu tak akan pernah terungkai,
Damai yang  tercipta itu  hanyalah sementara,

Monday, March 12, 2012

Bebayang hitam


Semakin lama memikirkan dia
Semakin sukar untuk dilupa
Dia kini telah menjadi bebayang hitam
Sentiasa berdamping setiap masa
Acap kali kasih baru tercipta
Dia cuba menghapuas bebayang hitam itu
Namun cahaya kasih itu terlalu lemah
Hati si pemilik tidak merelakan pemergiannya
Walau bibir berkata dia telah pergi
Hakikatnya dia masih  hidup dalam kenangan silam
Sanggup meminggirkan kasih yang mula bertandang
Demi bertemankan sebuah  kenangan silamnya


Ilham oh ilham....

Usya semut kot2 da ilham

Menulis merupakan perkara yang mudah.  Hanya perlu sediakan pen dan sehelai kertas.  Saya cadangkan gunalah pensil daripada pen sebab senang sikit nak padam  kalau salah . Saya akui ramai mampu menulis. Menulis itu ternyata amat senang kalau ada ilham. Kalau ilham datang, sepantas kilat 20 cerpen, 10 skrip drama dan 50 puisi boleh siap dalam sehari. Tetapi kalau ilham tu x muncul2 memang pensil akan sentiasa terselit dicelah telinga. Kertas pula mula la dibuat origami ataupun lipat2 buat kapal terbang. Terbang sana, terbang sini. Paling senang gumpal2 kertas  lepas tu baling sana, baling sini. Pelbagai cara orang buat untuk dapatkan ilham. Kadang2 perkara pelik pun sanggup dibuat semata-mata nak dapatkan ilham. Perkara yang pelik ini yang akan melahirkan sebuah tulisan yang unik. Bila ilham yang pelik ini di damping pula dengan imaginasi maka seseorang itu mulalah x makan, tersengih2 sorang, t’gelak sorang dan apa2 ja la. Cara saya tulis ni macam senang sangat nak menulis. Tapi persoalannya betul ka menulis tu senang?  Kalau mencari Idham memang senang. Anda jawab ler sendiri