Saturday, July 7, 2012

Manusia aneh

Pengalaman mendewasakan seseorang. Sepanjang pengajian di universiti, aku sering menemui orang yang cerewet. Selalu sangat berharap agar cepat praktikal. Tapi pengalaman praktikal amat menyakitkan. Bertemu insan yang amat cerewet dan amat sensitif. Jangan sesekali mengguris hatinya. Kau perlu melayannya  seperti seorang raja. Raja yang autokratik bukan demokratik. Pertama kali pecah rekod tak tidur 24 jam. Dah la tak tidur, esok pulak terus pi mengajar. Maka muka ibarat binaan separuh siap. Mata bengkak. Bibir pula jarang dihiasi senyuman.  Emosiku ibarat ombak di pantai. Kadangkala baik, kadangkala mengganas. Penderitaan ini bukan disebabkan oleh pengurusan sekolah. Bukan juga disebabkan masalah dengan cikgu2. Tapi disebabkan oleh orang yang mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan bakal seorang guru (Tak ada kena mengena dengan sekolah langsung). Nasib baik penentu masa depan yang sorang lagi baik. Memahami guru praktikal. Memahami masalah guru praktikal di sekolah. Sekurang-kurangnya aku bersyukur kerana hanya bertemu seorang sahaja yang berperangai pelik. Disebabkan aku bertemu insan sebegini, maka terlahirlah puisi ini buatnya

Identitimu sukar untukku difahami,
Kau amat ramah bila pertama kali bertemu,
Kau banyak memberikanku ilmu,
Kau membuatku rasa terharu,

Tetapi semakin lama kau ku kenali,
Aku seolah-olah mati,
Bibirku acapkali menyumpah sikapmu,
Sehingga mengubah identiti sebenarku

Sikapmu yang riak dan bongkak,
Membuat mataku kian membengkak,
Menitis air mata kerana ragammu yang bermacam,
Bagiku kau adalah manusia yang kejam

Perasaanmu yang sensitif dan aneh,
Membuatku rasa letih dan perih,
Setahuku cerewet itu milik hawa,  
Tetapi  sebaliknya adam adalah pemiliknya.

Walaupun pengalaman ini amat menyakitkan. Aku bersyukur kerana perkara ini merupakan ujian untukku. Ujian tidak akan diberikan kepada hambaNya yang tidak mampu. Ujian itu penguat hidup. Tanpa ujian, hidup manusia tiada cabaran. Hidup akan hambar dan manusia itu tidak akan berdikari. Sekurang-kurangnya, ujian ini akan menjadi panduanku apabila aku bertemu insan yang ragamnya sama  pada masa hadapan. 

Friday, July 6, 2012

Aku Mula Jatuh Cinta

Terasa hati ini mula jatuh cinta dengan mereka. Dulu bibir kerap merungut. Bila nak habis praktikal? Hari-hari tengok kalendar. Hari-hari naik status di facebook. Karenah pelajar amat memeningkan kepala. Terasa macam ada  bahan letupan di otak yang bakal di meletup. Tetapi bila dh lama mengajar, timbul pula perasaan sayang. Nikmat tugas guru terasa apabila melihat kejayaan pelajar. Berat hati meninggalkan mereka. Ramai yang merungut apabila dapat kelas belakang. Begitu juga saya. Tapi yakinlah bahawa jika  kita mula mengenali jiwa pelajar, kita akan mula menyukai mereka. Tak kisahlah kelas depan atau belakang. Saya yakin bahawa guru praktikal amat takut jika penyelia datang, kena pula kelas lemah. Begitu juga dgn saya. Namun bila saya mula mesra dengan pelajar, timbul pula perasaan tak kisah.  Tawakal ja dengan markah yang diperoleh, janji tak failed. Saya berani mengambil risiko utk membenarkan penyelia datang menyelia kelas yang lemah. Berani suruh penyelia yang memahami keadaan sekolah ja bukan penyelia yang pentingkan bahan yang gah tanpa mengira tahap kognitif pelajar. Tak adil pula jika ada perbezaan antara pelajar saya. Lemah itu perlu diperbaiki bukan dibezakan. Alangkah terkejutnya saya apabila komitmen yang diberikan oleh mereka amat positif. Saya menangis kerana mereka. Jujur saya akui bahawa mereka ialah pelajar yang nakal. Tapi mereka juga yang buat saya tersenyum. Untuk kelas yang kognitif tinggi, mengajar ialah satu cabaran. Sering diuji. Setiap malam tidur lambat menelah buku. Kalah masa belajar di universiti. Seperti kebiasaannya, guru praktikal ada tradisinya yang tersendiri. Sebelum habis praktikal, cenderamata kenang-kenangan akan diberikan. Sedih pula bila tengok cenderamata tu. Sedih bukan sebab harganya. Sedih sebab pemberian cenderamata melambangkan pengakhiran praktikal. Setelah menjadi cikgu, saya mula memikirkan masa depan pelajar saya. Biarlah habis wang ringgit asalkan mereka berjaya. Setiap kali solat, saya berdoa agar pelajar saya berjaya di dunia dan di akhirat. Kemanisan menjadi guru lagi terasa apabila ada pelajar yg menghargai usaha kita dan menunjukkan minat untuk belajar.


Kita dewasa kerana pengalaman,
Bukan ilmu teori yang diteliti sepenuh hati.  

Guru ialah seorang pendidik,
Bukan mengajar semata-mata


Pelajar yang lemah ialah pelajar yang istimewa,
Gilaplah sehingga  terserlah kebijaksanaannya,
Bukan mudah untuk melakukannya,
Tapi tak mustahil untuk mencapainya

Kisah Si Kurus dan Si Gemok

Cik Rus dan Cik Mok



Pada suatu hari Cik Mok dan Cik Rus berehat di tepi sungai. Mereka menunggu kedatangan Cik Tin. Si gemok mengeluh sebab badan dia yang semakin berisi. ‘ Cik Rus kenapa aku semakin gemok? Aku stress bila tengok penimbang. Kalau timbang mesti naik’.
‘Relaks la Cik Mok. Kau stress sebab kau gemok. Aku pulak stess sebab aku kurus kering. Aku dengan tiang elektrik lebih kurang ja. Tak ada beza’.
 Kedua-dua sahabat baik tu merenung jalan seolah-olah memikirkan jalan penyelesaian. Tiba-tiba Cik Rus bersuara.
‘ Mok, aku rasa kau gemok sebab makan banyak sangat kot.’
‘ Mungkin. Tapi Mak aku aku selalu cakap aku ni makan lalu sebab tu badan aku gemok’
‘ Kau pulak kenapa kurus? Kau diet ka?’
‘  Buat apa nak diet. Dah la kurus. Kalau diet mesti aku lagi kurus dari lidi. Kalau mak kau cakap kau gemok sebab makan lalu, Mak aku pulak cakap aku kurus sebab makan tak lalu’.
Sahabat mereka Cik Tin pun tiba dan mencelah perbualan mereka.
‘Cik Mok, kau nak tau tak kenapa kau  gemok dan kau pulak Cik Rus nak tau tak kenapa kau kurus?’
Cik Mok dan Cik Rus berpandangan. Mereka gembira kerana persoalan mereka akan terungkai.
‘Cik Rus, kau kurus bukannya sebab apa. Kau kurus sebab makan lalu dekat kau lambat. Makan lalu dekat Cik Mok dulu. Sebab tu Cik Mok  gemok. Cuba makan tu lalu dekat kau dulu. Mesti kau dah gemok sekarang. Betul la cakap Mak korang. Cik Rus kurus sebab makan tak lalu. Cik Mok gemok sebab makan lalu. Aku lak maintain sebab kadang-kadang makan lalu, kadang-kadang makan tak lalu’.
Cik Mok dan Cik Rus mengangguk apabila mendengar jawapan Cik Tin. Masalah ini berpunca sebab makan tak lalu. Maka benarlah kata orang tua kurus sebab makan tak lalu, gemok sebab makan lalu.