Thursday, August 2, 2012

RAMADHAN

Raihlah pahala berganda pada bulan ini
Atas alasan apa kau tidak mahu mengejar pahala ini?
Mungkinkah sebelum ketibaannya kau sering terleka?
Atau kau lebih pantas  mengejar nikmat dunia?
Demi  sebuah kejayaan yang sementara
Hanya kerana kegembiraan  yang fana
Akhirnya kau lupa kewujudan bulan ini
Nikmatilah bulan ini sebelum ia berlalu pergi

Sempena bulan puasa ini, marilah kita sama-sama mengejar pahala. Bulan Ramadhan hanya sebulan. Walaupun sebulan, nikmat ganjarannya amat besar. 

Srikandi Yang Sepi

Kau adalah serikandi keluarga
Gigih membesarkan  anak-anakmu
Bagimu biarlah mereka meniti hari-hari indah
Walaupun kau terpaksa berperang penat dan lelah

Kini mereka menjadi manusia berjaya
Menara gading telah mereka genggam
Kertas berharga sudah mula menimbun
Semuanya hasil keringatmu dahulu

Mungkinkah bila dimamah usia, aku kian dilupa?


Bila keluarga mereka semakin membesar
Kau mula dilempar
Kau ibarat permainan bola
Yang lincah ditendang merata

Jauh dilubuk hatimu
Aku tahu kau menangis sayu
Anak-anak  berjaya di dunia fana
Tetapi gagal menjaga seorang bonda