Wednesday, September 28, 2011

G.O.S.I.P psssssst ada cerita ni


Mengumpat sorang-sorang sudah

Hidup memang akan dikelilingi dengan gosip. Pandang kiri nampak orang bergosip, kanan bergosip, depan bergosip dan belakang pun ada jugak yang nak bergosip. Kalau tinggal di rumah pangsa mungkin atas dan bawah pun ada yang bergosip. Gosip ni juga dah bergerak seiring dengan kecanggihan teknologi. Mula-mula bisik-bisik dari mulut ke mulut  lepas tu  dah ke majalah, tv dan yang terkini internet. Kenapa orang suka bergosip? Pertama mungkin sebagai hiburan. Kedua mungkin sebagai aktiviti masa lapang. Ketiga mungkin sebab tak pernah puas hati dengan orang lain. Walau apa pun tujuan bergosip, ingat jangan sesekali mengaibkan orang lain. Bergosip ini pun ada juga peraturan-peraturan yang perlu diikuti. Takut nanti jadi gosip melampau pula. Tergosip pula perkara yang terang-terang tak betul. Ingat aktiviti bergosip ini boleh mendatangkan gangguan emosi kepada yang digosip. Satu perkara yang menjadi kehebatan tukang gosip ini ialah dia sentiasa lebih tahu daripada orang lain. Kalau nampak lelaki dengan perempauan jalan sama-sama, mesej atau sembang ramah sikit mesti ingat mereka bercinta. Kalau pakai barangan mewah  mesti ingat nak belagak kaya. Tukang gosip ini selalunya anggap peribahasa sekilas ikan di air sudah tahu jantan atau betina. Tahu la sangat. Mungkin dia pakai barangan mewah sebab ada orang hadiahkan ke. Mana la kita tahu.  Ada satu lagi mitos tentang bergosip ini. Perempuan mesti dikaitkan dengan bergosip. Mungkin betul mitos ni tapi ingat kaum lelaki juga ada yang bergosip tau. Kalah orang perempuan bergosip. Tak kisah la apa pun tujuan bergosip yang penting jangan sampai menjatuhkan maruah seseorang. Kepada yang digosip, biarkan saja mereka bergosip. Kalau dah tak larat nanti terdiam la mereka itu.

Tuesday, September 27, 2011

Lagu untuk junior pbmp sesi 2011

Memang tak ada senior seBAIK kami
tapi yang lebih BAIK ramai

memang tak ada senior seHEBAT kami
tapi yang lebih HEBAT ramai
...  
maka tak perlu adik susah hati
banyak senior yang bisa kau pilih
untuk kau jadikan pembimbing diri
 
memang tak ada senior seBIJAK kami
tapi yang lebih BIJAK ramai
 
memang tak ada senior semesra kami
tapi yang lebih mesra ramai
 
maka tak perlu adik segan silu
kami di sini sedia berbakti
carilah kami bila kau perlu
 
ooo junior-junior
jangan kau sedih jika kami pergi
 
ku percaya dirimu
ku tahu kamu mampu
ku yakin masih ada senior yang terbaik
 
ooo junior jangan kau bimbang jika kami pergi
 
berpisah aku mahu
tapi bukan denganmu
disana masih ada
insan yang lebih perlu
 
ceritanya kami akan pergi mengajar
maka dari itu kamu saling menjaga
kerana kami terpaksa pergi jua 00000000
 
(lepas ooooo terus sambung lagu raya) :
 
selamat, selamat hari raya
kami ucapkan pada semua
hari yang menyatukan kita semua
bermaafan sesama kita......

Merindui gulai pucuk mengkudu

Nanti saya tukar gambar baru ok...

Walaupun jiwa saya jiwa moden, tetapi saya amat suka makan makanan tradisional. Semasa kelas kritikan kesusasteraan kemarin, saya dan rakan bercerita tentang makanan. Mula-mula cerita tentang ulam-ulaman kemudian ke sambal belacan dan akhirnya ke gulai pucuk mengkudu. Semuanya bermula apabila pensyarah bercerita tentang buku Menu untuk Si Raja. Tiba-tiba bila bangun pagi tekak terasa nak makan gulai pucuk mengkudu ikan kering. Wah sedapnya. Kalau ada dekat depan mata ni mesti seperiuk saya bedal.Tapi sumuanya hanya dalam anganan saja.  Makanan macam ni susah nak cari dekat kuala lumpur ini. Mungkin ada yang tak tahu tentang kewujudan makanan sebegini.  Nampaknya tengah hari ni kena makan menu yang sama lagi iaitu ayam. Ayam masak merah, ayam masak lemak, ayam masak kicap, ayam goreng dan masakan ayam yang seangkatan dengannya. Badan pun dah comel macam ayam dah. Disebelah ini ialah gambar gulai pucuk mengkudu.Bila balik kampung nanti saya upload gambar  baru. Tak cantik la pulak bila ada nama blog orang lain. Tunggu!!!! 

Tuesday, September 20, 2011

Tersimpul mati…

Hidup kalau tak ada masalah bukan dinamakan hidup. Masalah ibarat benang kusut yang melilit diri.  Perlukan kesabaran untuk merungkai dan mencari punca sesuatu masalah. Semakin besar masalah semakin sukar untuk merungkai permasalahan tersebut. Kadang2 minda dibebani dengan masalah yang melampau mampu membuatkan seseorang itu hilang kewarasan dan cepat naik darah. Ibarat benang yang dipotong, jika disambung kembali  maka tidak akan samalah kepanjangan benang tersebut daripada yang asal. Begitu juga dengan masalah. Penyelesaian masalah yang tergopoh gapah ibarat menarik hujung benang supaya menjadi lebih berserabut dan terjerut dengan lebih kuat. Kadang2 apabila masalah melanda dan kita telah menyelesaikannya, keadaan tidak selalunya kembali kepada keadaan asal. Tak kembali kepada keadaan asal bukan bermakna tewas, tapi setidak-tidaknya kita perlu berusaha untuk hidup ke dalam dunia yang baru. Apabila kita bebas daripada masalah sebelumnya, kita akan sentiasa diburu masalah baru. Masalah tetap akan berlaku  kerana kita seringkali terlupa bahawa kitalah pencipta sesuatu masalah. Dalam sesetengah hal, kita terpaksa mencipta masalah untuk mendapat kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya. Nak cari idea update blog pun satu masalah

Monday, September 5, 2011

Penerima Duit Raya Terakhir

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Kalau baca tajuk kat atas bunyi mcm ayat orang sakit. Yang sebenarnya penulis ni tak sakit pun. Raya tahun ini agak meriah walaupun di sambut dalam bulan merdeka. Pi mana-mana rumah  mesti nampak bendera Malaysia terpacak di sini sana. Benda yang paling best sekali bila tengok orang pakai baju raya seragam konvoi beramai-ramai. Nampak macam ada kesepaduan dan keakraban. Saya tak pernah buat aktiviti berpakaian seragam ni, konvoi tu pernah la. Tapi yang selalu buat  aktiviti berpakaian seragam dan berkonvoi ni geng boys yang bujang terang  tang-tang ja.  Tak pun geng-geng couple. Bila beraya dekat rumah kawan mesti ayat ni selalu dengar ‘hampa  hat pakai baju sama ni mesti marka pa? tak payah habaq orang dah tau.  Kepada yang berusia 23 tahun macam saya ni, ingat tahun ni tak dapat duit raya lagi tapi dapat  lagi banyak dari bebudak yang pi kutip duit raya. Segan pun ada tapi kalau tak ambil ngok ngek kot!!!! Rezeki jangan di tolak. Saudara mara cakap tahun ni tahun saya sebagai penerima duit raya, tahun depan dah jadi pemberi duit raya. Bila depa cakap lagu tu baru la teringat yang diri dah di sempadan remaja. Uhuk2 ingat muda lagi. Dah depa kata macam tu saya terima ja duit yg diberi. Duit tu rezeki. Ambil ja. Janji halal. Sekian.

Kamus dialek utara
Hat      = bukan topi tapi maksud dia YANG
Marka  = Pasangan kekasih
Habaq  = cakap
Depa     = mereka
Lagu     = macam