Saturday, August 27, 2011

Dummm2 bunyi???

Hentikan kekeliruan itu

Di hujung bulan Ramadhan ni, hujan membasahi bumi Alor Setar dari pagi hingga ke malam. Kesejukan mula menggigit tulang dan kemalasan mula merantai diri di katil. Tapi disebabkan raya nak dekat,, terpaksalah saya menguatkan diri melawan godaan-godaan yang membawa kepada kemalasan melampau. Berbekalkan rasa rajin yang senipis kulit bawang, saya pun pergi la membuat kuih raya. Satu jenis pun jadi la. Dah alang-alang pakai oven ni boleh la masak ikan sekali. Sedang saya khusyuk mengenakan sentuhan terakhir juadah berbuka puasa, tiba-tiba dumm bunyi guruh. Masa tu televisyen tengah elok ja terpasang. Kalau guruh kuat macam tu, mesti jahanam tv. Tangan saya secara automatiknya terus pergi tutup suiz tv. Orang dekat depan tv plak ingat, mungkin blackout sebab guruh. Tiba-tiba terdetik rasa pelik kat hati, bukan selalu hujan ja ka? Tak kan hujan dari pagi tiba-tiba guruh sekali ja waktu nak berbuka ni. Selidik punya selidik rupa-rupanya bunyi mercun. Hampeh betul….buat gabra ja.

Thursday, August 18, 2011

Berani yang terpaksa dibuat.

Memandangkan hari ini hari khamis. Saya nak bercerita tentang peristiwa yang berlaku semasa hari khamis minggu lepas. Pada hari khamis yang lepas, saya pergi ke sebuah sekolah untuk mengambil borang soal selidik yang saya tinggalkan di pejabat. Dengan beraninya, saya mengajak anak nakan (anak saudara) saya pergi ke sekolah tersebut. Anak nakan saya siap ponteng sekolah lagi semata-mata nak ikut saya ke sekolah tersebut. Semasa tiba di pejabat, Penolong Kanan HEM tiada.  Katanya ada kelas. Kami terpaksa tunggu sehingga kelas beliau tamat pada pukul 11.40 pagi. Oleh sebab bosan menunggu, saya berborak- borak dengan anak nakan saya. Tiba2 kami terdiam apabila terdengar bunyi bising di atas pejabat.

Adik : Cik dengaq dak apa yang adik dengar.
Saya  : Dengaq. Bunyi kucing bergaduh kot.
Adik : Ishkk..Cik ni. Adik dengaq macam orang jerit. Kuat kot.
Saya : Ishkk…Cik kata kucing gaduh.

Pada hal dalam hati saya resah tahap gaban. Memang kuat kot bunyi orang jerit. Saya memotivasikan diri dengan berkata ‘ bulan puasa ni hantu kena ikat, mesti tak dapat lari. Tak kan ada yang kena rasuk kot’.Tiba2 ada seorang pengawas perempuan masuk ke pejabat nak guna telefon. Katanya nak telefon waris budak kelas dia yang kena histeria. Lebih kurang 5 minit, kami terdengar bunyi  sesuatu yang dibaling dengan sangat kuat. Anak nakan aku pula tiba2 terdiam. Pada hal dia ni kuat bercakap. Pengetua pula muncul di pejabat mencari guru yang boleh mengawal situasi. Histeria yang melibatkan sebuah kelas tiba2 berlanjutan hingga ke kelas yang lain. Saya sebenarnya takut sangat2 tapi saja tak tunjuk. Saya pergi ke kaunter untuk meminta diri terlebih dahulu. Kononnya tak mahu menyusahkan pihak sekolah. Maklumlah kes histeria tersebut agak dahsyat. Padahal saya cover ja. Cover dengan cara bersopan. Semakin lama kat pejabat sekolah tu, semakin takut saya. Tapi nasib baik pandai kawal ketakutan tu.

Bila sepupu saya balik dari sekolah, kami bercerita tentang peristiwa pagi tadi.  Katanya kes histeria tadi 14 orang kena rasuk.  Bunyi kuat yang saya dengar tu sebenarnya bunyi meja yang dibaling. Sepupu saya cakap meja tu berkecai. Dia kata sekolah tu memang banyak kes2 histeria ni. Dia pun mula la bercerita tentang kes2 sebelumnya. Lepas berbuka puasa, saya mendapat panggilan telefon daripada rumah. Saya kena balik malam tu juga. Pukul 9.30 malam saya bertolak pulang. Semasa di laluan terowong, tiba2 saya teringat cerita Mak Ngah tentang kisah pelik yang berlaku di laluan terowong tu. Mak Ngah kata ‘ hampa malam2 jangan dok merayau. Kalau nak keluaq, ajak Abang Wan. Kat terowong tu orang luar selalu kena mengusik’. Saya memang kecut perut sangat2. Boleh pula teringat cerita tu masa jalan ke terowong tu betul2 tengah sunyi. Mulut aku pula terkumat kamit baca ayat kursi. Nasib baik tak kena kacau.

Semasa dalam perjalanan balik, jalan betul2 sunyi. Maklumlah waktu terawikh. Mana ada orang dekat jalan raya. Tiba2 anak nakan saya berkata.
 Adik : Cik I see something.
Saya  : See apa pulak dah. Aku dah agak dah. Budak ni mesti nampak benda pelik2.
Adik  : Cik nampak dak?
Saya  : Nampak. Ada budak pompuan dengan kak dia kat masjid tadi. Depa pakai telekung.
Adik : Betul ka?
Saya  : Betul la. Cik yakin. Orang tu. Adik ni mesti teringat peristiwa pagi tadi. Tu yang dok pikiaq benda pelik. Psiko ja tu.
Adik  : Betul adik nampak. Tak kan orang dok kat tepi pagaq masjid tu kot. Pelik. Kat tepi bendang kot.
Saya  : Dah2..Cik kata orang. Orang la tu. Baca ayat kursi.

Nasib baik anak nakan saya berhenti daripada menyoal benda pelik2. Saya sebenarnya takut. Takut benda tu ikut balik. Nasib baik kami selamat sampai. Memang dugaan betul. Saya sebenarnya buat2 berani ja. Nenek saya pesan, kalau kita berani, benda tu tak kacau kita. Sebab tu saya memberanikan diri saya.

Nota: Biarlah nama sekolah tersebut dirahsiakan. Kejadian ini benar2 terjadi sewaktu saya menyiapkan tugasan projek ilmiah tahun akhir di sekolah tersebut. Naseb baik saya terlupa yang hari tu hari khamis malam jumaat. Memandangkan hari ini hari khamis. Baru la saya teringat

Rakyat Alor Setar mungkin faham...

Peringatan: Cerita ini tidak mempunyai kaitan antara yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Watak-watak yang terlibat hanyalah rekaan semata-mata. Guna ayat televisyen sat.

Situasi bermula apabila Peah menelefon Saodah dan menyatakan bahawa dia tidak dapat pulang ke rumah pada hari tersebut.
Peah     : Odah. Hari ni aku tak balik. Hang x payah tunggu aku noh.
Saodah : Awat hang tak balik rumah hari ni?
Peah     : Aku ada hal sikit. 
Saodah : Hal apa pulak dak. Habaq mai. Kot2 aku boleh tolong hang.
Peah     : Hal kecemasan. Sekarang aku di langgar.  

Tutttttttt........Tiba-tiba talian telefon terputus. Saodah berasa sangat gementar, takut, sedih dan berbagai-bagai perasaan yang tak dapat dijelaskan. Perkara yang bermain di kepala Saodah hanyalah Peah. Peah satu-satunya kawan baik Saodah sejak kecil lagi. Peah di langgar? Langgar di mana? bagaimana dengan keadaan Peah?. Setelah menenangkan diri, Saodah mula mencari jejak Peah. Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk mengetahui keadaan sahabat aiknya yang sebenar. Pencarian Peah dimulakan dengan menggunakan teknologi yang canggih. Saodah menggunakan khidmat friends finder, facebook, GPRS,MMS dan macam-macam lagi. Namun semuanya menemui jalan buntu. Akhirnya Peah ke balai polis berdekatan. Mungkin berita tentang sahabatnya di langgar akan ditemui di situ.

Saodah   : Cik, hari ni cik ada dak terima berita pasai orang di langgar.
Cik Polis : Tak dak la pulak. Hari ni balai polis dalam keadaan aman ja.Seaman Kedah Darul Aman.Rakyat negeri Kedah hari ni baik2 la pulak. 
Saodah    : Kalau macam tu tak pa la. Saya balik dulu noh.

Dengan Perasaan hampa. Soadah balik ke rumah. 2 hari dia mencari Peah tetapi Peah tidak juga diketemui. Perkataan 'Peah di langgar' sering meniti di bibir Saodah. Mungkin Peah sudah mati. Apakah sebenarnya yang telah terjadi terhadap Peah? Saya pun tak pasti.

Tiba2 kedengaran suara orang memberi salam. Sebaik saja Saodah membuka pintu, dia terus dilanda histeria dan pengsan. 2 jam kemudian, Peah mula sedarkan diri. Kelihatan jiran2 menggelilingnya sambil membaca surah yassin. Bacaan yassin? Mungkinkah.....? Saodah mula menangis teresak-esak. Tak mungkin Peah datang kepadanya. Asyik Saodah sibuk melayan perasaan, tiba2 dia histeria kembali apabila memandang wajah seseorang yang sedang tersenyum kepadanya. Kenapa Soadah histeria? Siapa yang memandangnya? kenapa   dia takut Peah kembali? Inilah jawapan kepada persoalan tersebut.

Sebenarnya. Soadah sangkakan bahawa Peah sudah mati di Langgar kerana 2 hari dia gagal mengesan Peah. Orang yang memberi salam pada hari kedua Peah hilang ialah Peah. Tapi Saodah menyangkakan bahawa itu ialah roh Peah. Peah sebenarnya tidak mati tetapi dia mempunyai hal kecemasan di Langgar. Dia gagal di hubungi kerana bateri handphonenya telah habis. Kebetulan pula, dia tidak membawa pengecas bateri. Rumah saudaranya di Langgar pula tidak menggunakan pengecas handphone berjenama Sony Ericson. 

Nota:
Langgar ialah sebuah pekan kecil yang terletak di negeri Alor Setar yang berdekatan dengan daerah Pokok Sena. Cerpen ni  ditulis dan diubahsuai berdasarkan pengalaman saya tentang lawak yang menyakitkan hati ni. 

Wednesday, August 17, 2011

Ceritera Ramadan 2011


Ramadan kembali ceria.
Saya masih lagi terkenang budaya bertukar makanan semasa di bulan Ramadan ketika di zaman kanak-kanak. Suasana pada masa tersebut sangat meriah. Mak selalu menyuruh saya menghantar makanan ke rumah jiran. Tapi kini budaya tersebut jarang diamalkan. Mungkin disebabkan oleh kehidupan yang kian sibuk sehingga jarang bertegur sapa dengan jiran-jiran. Ramadan kali ini, kami cuba menghidupkan kembali budaya tersebut yang kian dilupai. Walaupun Ramadan sudah hampir ke penghujungnya, budaya ini masih lagi dilakukan. Saya bersyukur kerana jiran saya memberikan reaksi yang positif. Setiap petang, kami akan bertukar juadah berbuka. Bukan balasan makanan yang diharapkan, tetapi perkara yang amat diharapkan ialah sikap prihatin terhadap orang lain. Sikap prihatin ini akan melahirkan rasa tanggungjawab dan rasa bertanggungjawab itu kemudiannya akan mewujudkan rasa hormat- menghormati antara satu sama lain. Saya berharap semoga amalan ini akan diteruskan untuk Ramadan berikutnya.

Merindui Ketibaan Ramadan
Aku terlalu merindui ketibaanmu,
Detik-detik terindah sering kau ciptakan,
Ketibaanmu sentiasa menginsafkanku,
Yang lalai dalam mengemudi bantera kehidupan,
Kau mengajarku supaya pantas mengejar pahala,
Kau juga menyuruhku supaya gigih berdoa,
Kerana kehadiranmu tidak akan lama,
Aku  sering berpesan tatkala kau tiba,
Kibarkan layar bahteraku selebar-lebarnya,
Supaya aku bisa mengutip rahmatNya,
Yang melimpah ruah sepanjang ketibaanmu.