Sunday, March 25, 2012

Tercipta bait-bait indah buat mereka

Azam ini akanku cuba
Zahirkan semampunya
Akrab sebuah persahabatan tercipta daripada persahabatan ini
Naluriku yang suci berdoa agar
Aman sentiasa berdamping di hatiku.

Amanah menjadi peganganku 
Tabah itu menjadi penguat hidup
Ikhlasku mencintai dia
Qari hidupku yang bisa menyemai
Akhlak murni dalam ruang jiwaku 
Hatiku pula ibarat setulus embun pagi yang dilimpahi kebahagiaan.

Fitrah naluri ini berbisik
Anganan bahagia tercipta seandainya aku
Zahirkan perasaan suci itu
Ilham yang tulus  ini terjelma pabila
Lahir cinta buatnya.
Luhur aku menyayanginya 
Akrab itu menjadi tali silaturrahim
Hubungan persahabatan nan abadi.

Akrab perhubungan itu telah tercipta
Indah pandangan matanya menusuk ke dalam hati
Naluri kewanitaanku yang  suci berbisik sesuatu 
Impian indah kami mungkin akan bersatu

Semangat itu telah aku pupuk
Harapan itu telah mula bercambah
Akal ini mula dihimpit pelbagai persoalan
Hati ini adakah akan terus mekar berbunga?
Impian ini adakah  milik kita?
Demi sebuah perhubungan nan indah
Aku terus melangkah dengan berani
Tekad ini aku genggam dengan erat
Untuk mempertahankan perhubungan kita
Lafaz indah tidak akan pernah terhenti di bibirku
Fahamilah jiwa ini
Akuilah keikhlasan ini
Renungilah sinar mataku yang tulus
Ingatilah janji yang telah kita pateri
Hargailah perhubungan yang telah kita bina
Akhirnya kita akan menuju kemanisan sebuah perhubungan
Hayatilah kisah manis ini dengan hati yang ikhlas


Thursday, March 15, 2012

Keraguan

Aku mahu ke kiri
Tetapi mahu juga ke kanan
Namun hati ini bercambah dengan keraguan
Benak ini berkecamuk dengan persoalan
Biarlah aku terus diulit awan
Lena tatkala di manja dinginnya
Sehingga bisa melupakan kenangan lama
Katamu ikutilah naluri wanitamu
Kerna kebenaran itu pasti bertemu
Jangan sesekali kau bersembunyi di sebalik awan,
Kerna perkara itu tak akan pernah terungkai,
Damai yang  tercipta itu  hanyalah sementara,

Monday, March 12, 2012

Bebayang hitam


Semakin lama memikirkan dia
Semakin sukar untuk dilupa
Dia kini telah menjadi bebayang hitam
Sentiasa berdamping setiap masa
Acap kali kasih baru tercipta
Dia cuba menghapuas bebayang hitam itu
Namun cahaya kasih itu terlalu lemah
Hati si pemilik tidak merelakan pemergiannya
Walau bibir berkata dia telah pergi
Hakikatnya dia masih  hidup dalam kenangan silam
Sanggup meminggirkan kasih yang mula bertandang
Demi bertemankan sebuah  kenangan silamnya


Ilham oh ilham....

Usya semut kot2 da ilham

Menulis merupakan perkara yang mudah.  Hanya perlu sediakan pen dan sehelai kertas.  Saya cadangkan gunalah pensil daripada pen sebab senang sikit nak padam  kalau salah . Saya akui ramai mampu menulis. Menulis itu ternyata amat senang kalau ada ilham. Kalau ilham datang, sepantas kilat 20 cerpen, 10 skrip drama dan 50 puisi boleh siap dalam sehari. Tetapi kalau ilham tu x muncul2 memang pensil akan sentiasa terselit dicelah telinga. Kertas pula mula la dibuat origami ataupun lipat2 buat kapal terbang. Terbang sana, terbang sini. Paling senang gumpal2 kertas  lepas tu baling sana, baling sini. Pelbagai cara orang buat untuk dapatkan ilham. Kadang2 perkara pelik pun sanggup dibuat semata-mata nak dapatkan ilham. Perkara yang pelik ini yang akan melahirkan sebuah tulisan yang unik. Bila ilham yang pelik ini di damping pula dengan imaginasi maka seseorang itu mulalah x makan, tersengih2 sorang, t’gelak sorang dan apa2 ja la. Cara saya tulis ni macam senang sangat nak menulis. Tapi persoalannya betul ka menulis tu senang?  Kalau mencari Idham memang senang. Anda jawab ler sendiri