Friday, July 6, 2012

Aku Mula Jatuh Cinta

Terasa hati ini mula jatuh cinta dengan mereka. Dulu bibir kerap merungut. Bila nak habis praktikal? Hari-hari tengok kalendar. Hari-hari naik status di facebook. Karenah pelajar amat memeningkan kepala. Terasa macam ada  bahan letupan di otak yang bakal di meletup. Tetapi bila dh lama mengajar, timbul pula perasaan sayang. Nikmat tugas guru terasa apabila melihat kejayaan pelajar. Berat hati meninggalkan mereka. Ramai yang merungut apabila dapat kelas belakang. Begitu juga saya. Tapi yakinlah bahawa jika  kita mula mengenali jiwa pelajar, kita akan mula menyukai mereka. Tak kisahlah kelas depan atau belakang. Saya yakin bahawa guru praktikal amat takut jika penyelia datang, kena pula kelas lemah. Begitu juga dgn saya. Namun bila saya mula mesra dengan pelajar, timbul pula perasaan tak kisah.  Tawakal ja dengan markah yang diperoleh, janji tak failed. Saya berani mengambil risiko utk membenarkan penyelia datang menyelia kelas yang lemah. Berani suruh penyelia yang memahami keadaan sekolah ja bukan penyelia yang pentingkan bahan yang gah tanpa mengira tahap kognitif pelajar. Tak adil pula jika ada perbezaan antara pelajar saya. Lemah itu perlu diperbaiki bukan dibezakan. Alangkah terkejutnya saya apabila komitmen yang diberikan oleh mereka amat positif. Saya menangis kerana mereka. Jujur saya akui bahawa mereka ialah pelajar yang nakal. Tapi mereka juga yang buat saya tersenyum. Untuk kelas yang kognitif tinggi, mengajar ialah satu cabaran. Sering diuji. Setiap malam tidur lambat menelah buku. Kalah masa belajar di universiti. Seperti kebiasaannya, guru praktikal ada tradisinya yang tersendiri. Sebelum habis praktikal, cenderamata kenang-kenangan akan diberikan. Sedih pula bila tengok cenderamata tu. Sedih bukan sebab harganya. Sedih sebab pemberian cenderamata melambangkan pengakhiran praktikal. Setelah menjadi cikgu, saya mula memikirkan masa depan pelajar saya. Biarlah habis wang ringgit asalkan mereka berjaya. Setiap kali solat, saya berdoa agar pelajar saya berjaya di dunia dan di akhirat. Kemanisan menjadi guru lagi terasa apabila ada pelajar yg menghargai usaha kita dan menunjukkan minat untuk belajar.


Kita dewasa kerana pengalaman,
Bukan ilmu teori yang diteliti sepenuh hati.  

Guru ialah seorang pendidik,
Bukan mengajar semata-mata


Pelajar yang lemah ialah pelajar yang istimewa,
Gilaplah sehingga  terserlah kebijaksanaannya,
Bukan mudah untuk melakukannya,
Tapi tak mustahil untuk mencapainya

No comments:

Post a Comment