Wednesday, May 15, 2013

Guru ( Matahari dan Bintang)

Ucapan ringkas dan memerlukan sedikit pentaksiran... Makna yang mendalam dan amat bermakna.



Friday, May 10, 2013

INSAN YANG AKU SAYANG

lama tak update blog...tiba-tiba nak tulis puisi buat insan  tersayang... insan yang bergelar isteri, ibu, mama, umi....biar apa pun panggilan yang diberi, insan ini mesti disayangi hingga ke akhir hayat. jangan pernah berpuas hati dengan kejayaan kita pada hari ini...kejayaan kita berkat doa insan ini dan disusuli dengan usaha kita..malulah kita sebagai hamba Allah andai hati kecil insan ini tidak mampu kita jaga, sedangkan insan ini sentiasa tabah menjaga kita sepanjang umurnya.


  
  

Monday, February 25, 2013

C.A.N.T.I.K


Aku tertarik untuk menulis kisah seorang sahabat  di blog ni. Sahabat aku ni ada seorang kekasih yang amat dia sayang. Kadang-kadang  dia rajin jugak cerita pasai awek dia kat aku. Suatu hari tu dia merungut pasal awek dia yang kuat shopping. Katanya dia selalu lenguh kaki sebab layan awek dia shopping. Seronok pulak dengar cerita dia. Rasa macam bagus la mamat ni. Tapi bila dengar keseluruhan cerita rasa hampeh la pulak. Ni la ayat-ayat kami masa sembang.

            “Rajin noh hang layan awek hang. Sanggup sakit kaki.”
            “Aku rajin kata cantik ja”
            “Sebab?”
“Kalau aku kata cantik, tak dak la dia memilih sangat. Kadang-kadang aku buat    muka sikit. Konon-konon benda yang dia pilih tu cantik sangat.”
            “Cantik ka benda yang dia pilih tu?”
            “Tak dak la cantik sangat.”

Buat rakan wanita sekalian, kalau boyfriend hampa kata cantik tu fikir-fikir dulu ok. Mungkin depa dalam situasi kawan aku. Malas nak layan hampa shopping. Yang tak cantik pun mugkin jadi cantik..hehe

Wednesday, January 16, 2013

Aku dan Anak Johor


Suatu hari mak aku tanya aku pasai jodoh.  Tiba-tiba keluaq isu pasai tempat kelahiran jodoh2 ni. Hang nanti jangan cari orang jauh sangat. Sakit demam susah nak pi tengok. Tiba-tiba otak aku ni terproses idea nakai. Aku jawab kat mak kata aku nak orang johor. Senang nak pi jalan-jalan kat singapura. Dengan spontan mak aku jawab
“nanti hang pi kenduri belah sana sendiri. Mak tak larat sebab jauh.”
Aku tiba-tiba terdiam terus. Tak sangka pulak tu jawapan mak aku. Pas tu aku tanya mak sebab tak leh couple dengan orang johor. Mak aku kata orang tua-tua selalu kata johor jauh ooo..sebab tu orang kedah tak berapa nak berkenan dengan org johor sebab jauh oo...
*Mungkin sebab ni johor dpt nama kot

Bangsat


Dengar tajuk di atas macam nak memaki hamun orang ja kan? Tajuk ja bunyi ganas tapi perkara yang aku nak cerita ni tak ganas pun. Bangsat ni cerita pasai dialek kedah yang jarang orang guna. Ayat ni aku selalu aku dengaq masa  arwah tok  dok sembang. Aku ingat tok aku marah.  Tapi aku tengok dia cerita dalam mood happy ja. Maybe marah dah reda kot. Bangsat kan selalu guna time marah. Tu yang tak berani tanya.  Baru-baru ni mak aku ada la sebut perkataan bangsat tu. Ayat dia lebih kurang macam ni la:
“ Dulu-dulu mak cik tettt  (bukan nama tettt ok. malas nak tulis  takut sensitif)selalu pi bangsat. Tu yang dia tak rapat sangat dengan org kg. ”
Aku dengaq ja. Tak komen apa-apa. Kak aku tanya hang paham dak bangsat tu apa? Cikgu bahasa mesti tau.
Aku jawab bangsat tu ayat tak elok. Macam jahat.
Kak aku kata salah. Bangsat tu merantau.
Aku diam sbb dok pikiaq perkataan bangsat dan merantau. Jauh betoi makna.

Sunday, January 6, 2013

Sebuah Pesanan

Permulaan tahun 2013 aku sediakan sebuah pesanan ringkas buat kaum hawa. Alkisah bermula apabila cuping telinga aku diterjah dengan isu wanita mati dipukul suami. Pelbagai versi tentang kematian ini aku dengari. Aku sendiri tak pasti sama ada apa yang aku dengar tu betul atau ditokoh tambah oleh sesetengah pihak. Persoalannya bukan soal cerita ini betul atau tidak. Persoalan utama yang aku nak cerita ialah pengajaran yang terdapat disebalik cerita. Dikhabarkan bahawa wanita tersebut dipukul dengan buluh sehingga menyebabkan kematiannya. Jiran menyatakan bahawa mereka sering bergaduh saban hari. Tujuan lelaki tersebut memukul si mangsa kerana ingin ‘mengajarnya’ bukan membunuhnya.  Si lelaki merupakan anak yang ditatang bagai minyak yang penuh.  Dia sering mendapat pembelaan daripada orang tuanya. Apabila meningkat dewasa, maka sukar untuk melentur  dirinya. Sifat positif yang ditabur ke dalam jiwanya bagaikan ‘dimakan’ oleh nilai negatif yang kian lama bersarang. Dikhabarkan juga bahawa si lelaki ini terlibat dengan pelbagai kegiatan jenyah. Apabila si wanita ini meninggal dunia maka pelbagai persepsi telah dibuat. Ada yang menyatakan bahawa si mangsa mungkin seperti si lelaki.  Gadis liar. Hakikatnya si mangsa seorang yang baik. Entah bagaimana dia berkahwin dengan si lelaki durjana itu. Aku pun tak tahu dan inilah yang menjadi persoalannya. Tetapi kalau dah dinamakan jodoh, maka akan tersimpul juga sebuah ikatan itu.Jirannya menyatakan bahawa ada hikmah mangsa mati awal. Terpadam la penderitaanya. Inilah ayat-ayat simpati yang keluar daripada jiran sekeliling. Penderitaan dan kisahnya mungkin terpadam. Namun buat pembaca sekalian, ambil ikhtibar daripada kisah ini. Lelaki diciptakan untuk menjaga dan melindungi wanita. Andai wanita itu tidak sempurna dimatamu, kau didiklah kami. Jangan sesekali  kau kasari dan jangan  sesekali kau rendahkan martabat kami kerana kami inilah penerus generasimu kelak. Buat wanita sekalian, aku berpesan supaya berhati-hatilah apabila memilih pendamping hidupmu. Mungkin kita rasakan bahawa kita sepadan dengannya. Namun kadangkala proses suai padan itu menghadapi pelbagai ujian. Kenal pasti dirinya sebelum kau menerima dirinya. Sentiasalah berdoa agar kita bertemu jodoh yang soleh tiap kali kita solat.