Monday, November 28, 2011

C.I.N.T.A

Ceria akan muncul andai kau pandai memilih teman hidupmu.
Ikhlaskan hatimu untuk menerimanya bukan mempermainkan perasaannya
Nurani sebuah percintaan sekiranya berpegang pada keimanan
Tabah menghadapi dugaan bersama di kala susah bukan setia dikala senang.
Akal yang membimbing perhubungan cintamu bukan nafsumu.

Kata orang cinta itu buta. Cinta tak pernah buta tetapi manusia yang buta dalam menilai cinta. Andai kau belum mempunyai cinta, biarkan cinta mencarimu. Jangan sesekali kau mencari cinta kerana kau belum mempuyai cinta. Cinta yang terburu-buru akan mengundang gulana dalam hatimu. Kata orang cinta setia terjelma pabila kau sanggup berkorban apa sahaja. Ya itu aku akui tetapi kau perlu bijak untuk membezakan antara pengorbanan dan kebodohan dalam bercinta. Kebodohan bercinta terjadi pabila kau sanggup lakukan segalanya demi cintamu sehingga melanggar batas kebenaran. Cinta itu sebenarnya memerlukan pemilihan pasangan yang teliti kerana cinta itu suci. Istilah suci itu perlu kau pelihara kerana itulah lambang kekuatan cintamu. Elakkan daripada mengintai ruang kemungkaran kerana walaupun kau hanya mengintai,  kau mungkin akan terjerumus ke jurang yang dalam. Peliharalah cintamu sebaik mungkin.


Lakukan pemilihan dengan berhemah

 Pesanan daripada: Sri kandis

Friday, November 25, 2011

Finishing School

Mungkin agak terlewat kalau saya nak cerita tentang Finishing School waktu sekarang. Tapi pengalaman tak sama dan tak akan diketahui kalau tak dicerita. Pengalaman hadir ke Finishing School tempoh  hari memang tak dapat dilupa. Kelakar pun ada. Mula-mula memang tak mau pergi sebab tak ada teman. Maklumlah tersesat daripada budak kelas yang lain. Hari pertama dah terlewat masuk kelas. Masuk kelas siap berkenalan dengan beberapa orang sahabat baru. Tapi agak pelik bila terlalu ramai calon fakulti pendidikan. Setahu saya dalam senarai kumpulan dekat esmp ada dua orang ja. Saya buat keputusan tunggu senarai nama diedar. Setengah jam tunggu tak diedar la pulak senarai nama. Saya hantar mesej dekat kawan-kawan dekat kolej suruh check sekali lagi saya sebenarnya kumpulan berapa. Malang la pula bila depa tak reply mesej. Agaknya tidur terlalu lena dibuai mimpi indah kot. Nasib baik dalam ramai-ramai ada sorang yang reply mesej. Rupa-rupanya salah kelas. Malunya. Saya pelan-pelan angkat tangan minta diri masuk ke kumpulan lain. Fasi pula suruh explain macam mana saya boleh tersedar. Terkial-kial speaking dan  mata-mata lain khusyuk memandang. Malu kot. Yang paling kelakar bila saya masuk kelas asal dengan menyelinap waktu orang lain tengah sibuk susun kerusi. Hebat bila fasi tak perasan. Finishing School ini tak buat saya rasa sangat bosan sebab fasi yang baik dan memahami pelajar. Apa yang paling penting, pengalaman kat Finishing School ini mengajar saya untuk berani. Semuanya kena tempuh sorang-sorang. Sahabat boleh dicari asalkan kita pandai mengikut situasi yang dilalui.
·   
       ++ Penggunaan bahasa yang sekadar untuk suka-suka. Banyak bahasa rojak. Jangan jadikan rujukan tesis atau eseimen k. Hehehe =)