Sunday, March 25, 2012

Tercipta bait-bait indah buat mereka

Azam ini akanku cuba
Zahirkan semampunya
Akrab sebuah persahabatan tercipta daripada persahabatan ini
Naluriku yang suci berdoa agar
Aman sentiasa berdamping di hatiku.

Amanah menjadi peganganku 
Tabah itu menjadi penguat hidup
Ikhlasku mencintai dia
Qari hidupku yang bisa menyemai
Akhlak murni dalam ruang jiwaku 
Hatiku pula ibarat setulus embun pagi yang dilimpahi kebahagiaan.

Fitrah naluri ini berbisik
Anganan bahagia tercipta seandainya aku
Zahirkan perasaan suci itu
Ilham yang tulus  ini terjelma pabila
Lahir cinta buatnya.
Luhur aku menyayanginya 
Akrab itu menjadi tali silaturrahim
Hubungan persahabatan nan abadi.

Akrab perhubungan itu telah tercipta
Indah pandangan matanya menusuk ke dalam hati
Naluri kewanitaanku yang  suci berbisik sesuatu 
Impian indah kami mungkin akan bersatu

Semangat itu telah aku pupuk
Harapan itu telah mula bercambah
Akal ini mula dihimpit pelbagai persoalan
Hati ini adakah akan terus mekar berbunga?
Impian ini adakah  milik kita?
Demi sebuah perhubungan nan indah
Aku terus melangkah dengan berani
Tekad ini aku genggam dengan erat
Untuk mempertahankan perhubungan kita
Lafaz indah tidak akan pernah terhenti di bibirku
Fahamilah jiwa ini
Akuilah keikhlasan ini
Renungilah sinar mataku yang tulus
Ingatilah janji yang telah kita pateri
Hargailah perhubungan yang telah kita bina
Akhirnya kita akan menuju kemanisan sebuah perhubungan
Hayatilah kisah manis ini dengan hati yang ikhlas


No comments:

Post a Comment