Saturday, July 7, 2012

Manusia aneh

Pengalaman mendewasakan seseorang. Sepanjang pengajian di universiti, aku sering menemui orang yang cerewet. Selalu sangat berharap agar cepat praktikal. Tapi pengalaman praktikal amat menyakitkan. Bertemu insan yang amat cerewet dan amat sensitif. Jangan sesekali mengguris hatinya. Kau perlu melayannya  seperti seorang raja. Raja yang autokratik bukan demokratik. Pertama kali pecah rekod tak tidur 24 jam. Dah la tak tidur, esok pulak terus pi mengajar. Maka muka ibarat binaan separuh siap. Mata bengkak. Bibir pula jarang dihiasi senyuman.  Emosiku ibarat ombak di pantai. Kadangkala baik, kadangkala mengganas. Penderitaan ini bukan disebabkan oleh pengurusan sekolah. Bukan juga disebabkan masalah dengan cikgu2. Tapi disebabkan oleh orang yang mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan bakal seorang guru (Tak ada kena mengena dengan sekolah langsung). Nasib baik penentu masa depan yang sorang lagi baik. Memahami guru praktikal. Memahami masalah guru praktikal di sekolah. Sekurang-kurangnya aku bersyukur kerana hanya bertemu seorang sahaja yang berperangai pelik. Disebabkan aku bertemu insan sebegini, maka terlahirlah puisi ini buatnya

Identitimu sukar untukku difahami,
Kau amat ramah bila pertama kali bertemu,
Kau banyak memberikanku ilmu,
Kau membuatku rasa terharu,

Tetapi semakin lama kau ku kenali,
Aku seolah-olah mati,
Bibirku acapkali menyumpah sikapmu,
Sehingga mengubah identiti sebenarku

Sikapmu yang riak dan bongkak,
Membuat mataku kian membengkak,
Menitis air mata kerana ragammu yang bermacam,
Bagiku kau adalah manusia yang kejam

Perasaanmu yang sensitif dan aneh,
Membuatku rasa letih dan perih,
Setahuku cerewet itu milik hawa,  
Tetapi  sebaliknya adam adalah pemiliknya.

Walaupun pengalaman ini amat menyakitkan. Aku bersyukur kerana perkara ini merupakan ujian untukku. Ujian tidak akan diberikan kepada hambaNya yang tidak mampu. Ujian itu penguat hidup. Tanpa ujian, hidup manusia tiada cabaran. Hidup akan hambar dan manusia itu tidak akan berdikari. Sekurang-kurangnya, ujian ini akan menjadi panduanku apabila aku bertemu insan yang ragamnya sama  pada masa hadapan. 

No comments:

Post a Comment