Tuesday, October 25, 2011

Kecil tapi penuh isi


Hidup kalau bergelar mahasiswa mesti akan bercinta dengan tugasan. Kadang-kadang sampai pening kepala fikir macam mana nak selesaikan tugasan yang bertimbun-timbun. Hidup terasa indah kalau tugasan banyak dan BAHAN nak siapkan tugasan pun banyak. Lagi satu syarat nak siapkan tugasan tak banyak. Tugasan sekarang nak tahun paling terkini tapi masalahnya banyak buku yang terkini tapi isinya tak terkini. Jadi bertambahlah bebanan kepada golongan mahasiswa ni. Mungkin perkataan MAHA tu menyebabkan pelajar dekat universiti ni hebat. Mahakental, mahapantas, maharajin atau apa-apa yang berkaitan. Cuti Depavali saya balik kampung sebab dalam kepala saya asyik fikir tugasan ja. Macam pelik kan? Dekat universiti lagi senang nak siap. Perpustakaan besar, mudah dapat internet dan akan ada ramai yang membantu. Itu semua memang benar tetapi kesebesaran sesebuah perpustakaan itu tak menjamin ada bahan yang dikehendaki. Kemudahan internet tidak digemari pemeriksa dan pertolongan yang dibebani tekanan tak elok diganggu. Jadi saya pulang la ke kampung sebab kebiasaannya perpustakaan di Bandar saya yang kecil itu sentiasa tersedia dengan bahan yang dikehendaki. Mungkin disebabkan had peminjaman buku. Kalau pinjam buku hanya 2 buah buku yang dibenarkan. Jadi senang untuk orang lain guna. Kalau dekat universiti had pinjam buku 6 buah. Boleh renew kalau dah habis tempoh. Bahan pula tak banyak. Sakit jiwa. Mana tak sakit jiwa, kalau nak buat tugasan bahan tak ada. Tapi bila  dah tak buat tugasan, ada saja bahan yang dahulunya dicari. Siap bertapa lagi tapi tak jumpa. Agak-agaknya berlaku proses pemeraman buku.

Saturday, October 22, 2011

Hobi yang belum terlaksana...


Bila balik kampung, perkara yang terlintas ialah memancing. Agak-agak umpan apa yang paling disukai oleh ikan? Belalang, pepatung, katak, keridik  atau udang. Dalam banyak jenis umpan ini, dah macam-macam eksperimen yang saya buat. Dulu saya pernah cuba belalang tapi tak semua belalang ikan suka. Pepatung pun  pernah juga saya cuba. Memang ikan suka. Tapi masalahnya susah nak dapat bekalan. Leceh sangat nak tangkap binatang ni. Ada satu umpan ini yang ikan paling suka iaitu anak tebuan. Kalau guna umpan ni, ikan suka sangat. Letak ja joran, ikan terus menagkap. Selalunya, ikan spesis puyu ni slalu ja makan umpan ni. Saya kalau ada umpan ni, mesti duduk tepi sungai atau sawah memancing sampai umpan habis. Masalahnya sekarang, petang-petang mesti hujan. Tengok joran, tengok umpan anak tebuan tak terusik geram pula rasa. Bukan senang dapat cuti balik kampung. Dah la umpan susah dapat tapi x boleh memancing. Hanya orang yang berani saja boleh dapat umpan anak tebuan ni. Kalau silap langkah, kena la sengat dengan beratus-ratus mak atau bapak tebuan tu. Masuk hospital seminggu. Mood saya sekarang sedang menunggu waktu yang sesuai untuk melunaskan hobi ni.