Wednesday, September 28, 2011

G.O.S.I.P psssssst ada cerita ni


Mengumpat sorang-sorang sudah

Hidup memang akan dikelilingi dengan gosip. Pandang kiri nampak orang bergosip, kanan bergosip, depan bergosip dan belakang pun ada jugak yang nak bergosip. Kalau tinggal di rumah pangsa mungkin atas dan bawah pun ada yang bergosip. Gosip ni juga dah bergerak seiring dengan kecanggihan teknologi. Mula-mula bisik-bisik dari mulut ke mulut  lepas tu  dah ke majalah, tv dan yang terkini internet. Kenapa orang suka bergosip? Pertama mungkin sebagai hiburan. Kedua mungkin sebagai aktiviti masa lapang. Ketiga mungkin sebab tak pernah puas hati dengan orang lain. Walau apa pun tujuan bergosip, ingat jangan sesekali mengaibkan orang lain. Bergosip ini pun ada juga peraturan-peraturan yang perlu diikuti. Takut nanti jadi gosip melampau pula. Tergosip pula perkara yang terang-terang tak betul. Ingat aktiviti bergosip ini boleh mendatangkan gangguan emosi kepada yang digosip. Satu perkara yang menjadi kehebatan tukang gosip ini ialah dia sentiasa lebih tahu daripada orang lain. Kalau nampak lelaki dengan perempauan jalan sama-sama, mesej atau sembang ramah sikit mesti ingat mereka bercinta. Kalau pakai barangan mewah  mesti ingat nak belagak kaya. Tukang gosip ini selalunya anggap peribahasa sekilas ikan di air sudah tahu jantan atau betina. Tahu la sangat. Mungkin dia pakai barangan mewah sebab ada orang hadiahkan ke. Mana la kita tahu.  Ada satu lagi mitos tentang bergosip ini. Perempuan mesti dikaitkan dengan bergosip. Mungkin betul mitos ni tapi ingat kaum lelaki juga ada yang bergosip tau. Kalah orang perempuan bergosip. Tak kisah la apa pun tujuan bergosip yang penting jangan sampai menjatuhkan maruah seseorang. Kepada yang digosip, biarkan saja mereka bergosip. Kalau dah tak larat nanti terdiam la mereka itu.

No comments:

Post a Comment