Thursday, August 18, 2011

Berani yang terpaksa dibuat.

Memandangkan hari ini hari khamis. Saya nak bercerita tentang peristiwa yang berlaku semasa hari khamis minggu lepas. Pada hari khamis yang lepas, saya pergi ke sebuah sekolah untuk mengambil borang soal selidik yang saya tinggalkan di pejabat. Dengan beraninya, saya mengajak anak nakan (anak saudara) saya pergi ke sekolah tersebut. Anak nakan saya siap ponteng sekolah lagi semata-mata nak ikut saya ke sekolah tersebut. Semasa tiba di pejabat, Penolong Kanan HEM tiada.  Katanya ada kelas. Kami terpaksa tunggu sehingga kelas beliau tamat pada pukul 11.40 pagi. Oleh sebab bosan menunggu, saya berborak- borak dengan anak nakan saya. Tiba2 kami terdiam apabila terdengar bunyi bising di atas pejabat.

Adik : Cik dengaq dak apa yang adik dengar.
Saya  : Dengaq. Bunyi kucing bergaduh kot.
Adik : Ishkk..Cik ni. Adik dengaq macam orang jerit. Kuat kot.
Saya : Ishkk…Cik kata kucing gaduh.

Pada hal dalam hati saya resah tahap gaban. Memang kuat kot bunyi orang jerit. Saya memotivasikan diri dengan berkata ‘ bulan puasa ni hantu kena ikat, mesti tak dapat lari. Tak kan ada yang kena rasuk kot’.Tiba2 ada seorang pengawas perempuan masuk ke pejabat nak guna telefon. Katanya nak telefon waris budak kelas dia yang kena histeria. Lebih kurang 5 minit, kami terdengar bunyi  sesuatu yang dibaling dengan sangat kuat. Anak nakan aku pula tiba2 terdiam. Pada hal dia ni kuat bercakap. Pengetua pula muncul di pejabat mencari guru yang boleh mengawal situasi. Histeria yang melibatkan sebuah kelas tiba2 berlanjutan hingga ke kelas yang lain. Saya sebenarnya takut sangat2 tapi saja tak tunjuk. Saya pergi ke kaunter untuk meminta diri terlebih dahulu. Kononnya tak mahu menyusahkan pihak sekolah. Maklumlah kes histeria tersebut agak dahsyat. Padahal saya cover ja. Cover dengan cara bersopan. Semakin lama kat pejabat sekolah tu, semakin takut saya. Tapi nasib baik pandai kawal ketakutan tu.

Bila sepupu saya balik dari sekolah, kami bercerita tentang peristiwa pagi tadi.  Katanya kes histeria tadi 14 orang kena rasuk.  Bunyi kuat yang saya dengar tu sebenarnya bunyi meja yang dibaling. Sepupu saya cakap meja tu berkecai. Dia kata sekolah tu memang banyak kes2 histeria ni. Dia pun mula la bercerita tentang kes2 sebelumnya. Lepas berbuka puasa, saya mendapat panggilan telefon daripada rumah. Saya kena balik malam tu juga. Pukul 9.30 malam saya bertolak pulang. Semasa di laluan terowong, tiba2 saya teringat cerita Mak Ngah tentang kisah pelik yang berlaku di laluan terowong tu. Mak Ngah kata ‘ hampa malam2 jangan dok merayau. Kalau nak keluaq, ajak Abang Wan. Kat terowong tu orang luar selalu kena mengusik’. Saya memang kecut perut sangat2. Boleh pula teringat cerita tu masa jalan ke terowong tu betul2 tengah sunyi. Mulut aku pula terkumat kamit baca ayat kursi. Nasib baik tak kena kacau.

Semasa dalam perjalanan balik, jalan betul2 sunyi. Maklumlah waktu terawikh. Mana ada orang dekat jalan raya. Tiba2 anak nakan saya berkata.
 Adik : Cik I see something.
Saya  : See apa pulak dah. Aku dah agak dah. Budak ni mesti nampak benda pelik2.
Adik  : Cik nampak dak?
Saya  : Nampak. Ada budak pompuan dengan kak dia kat masjid tadi. Depa pakai telekung.
Adik : Betul ka?
Saya  : Betul la. Cik yakin. Orang tu. Adik ni mesti teringat peristiwa pagi tadi. Tu yang dok pikiaq benda pelik. Psiko ja tu.
Adik  : Betul adik nampak. Tak kan orang dok kat tepi pagaq masjid tu kot. Pelik. Kat tepi bendang kot.
Saya  : Dah2..Cik kata orang. Orang la tu. Baca ayat kursi.

Nasib baik anak nakan saya berhenti daripada menyoal benda pelik2. Saya sebenarnya takut. Takut benda tu ikut balik. Nasib baik kami selamat sampai. Memang dugaan betul. Saya sebenarnya buat2 berani ja. Nenek saya pesan, kalau kita berani, benda tu tak kacau kita. Sebab tu saya memberanikan diri saya.

Nota: Biarlah nama sekolah tersebut dirahsiakan. Kejadian ini benar2 terjadi sewaktu saya menyiapkan tugasan projek ilmiah tahun akhir di sekolah tersebut. Naseb baik saya terlupa yang hari tu hari khamis malam jumaat. Memandangkan hari ini hari khamis. Baru la saya teringat

No comments:

Post a Comment