Sunday, January 6, 2013

Sebuah Pesanan

Permulaan tahun 2013 aku sediakan sebuah pesanan ringkas buat kaum hawa. Alkisah bermula apabila cuping telinga aku diterjah dengan isu wanita mati dipukul suami. Pelbagai versi tentang kematian ini aku dengari. Aku sendiri tak pasti sama ada apa yang aku dengar tu betul atau ditokoh tambah oleh sesetengah pihak. Persoalannya bukan soal cerita ini betul atau tidak. Persoalan utama yang aku nak cerita ialah pengajaran yang terdapat disebalik cerita. Dikhabarkan bahawa wanita tersebut dipukul dengan buluh sehingga menyebabkan kematiannya. Jiran menyatakan bahawa mereka sering bergaduh saban hari. Tujuan lelaki tersebut memukul si mangsa kerana ingin ‘mengajarnya’ bukan membunuhnya.  Si lelaki merupakan anak yang ditatang bagai minyak yang penuh.  Dia sering mendapat pembelaan daripada orang tuanya. Apabila meningkat dewasa, maka sukar untuk melentur  dirinya. Sifat positif yang ditabur ke dalam jiwanya bagaikan ‘dimakan’ oleh nilai negatif yang kian lama bersarang. Dikhabarkan juga bahawa si lelaki ini terlibat dengan pelbagai kegiatan jenyah. Apabila si wanita ini meninggal dunia maka pelbagai persepsi telah dibuat. Ada yang menyatakan bahawa si mangsa mungkin seperti si lelaki.  Gadis liar. Hakikatnya si mangsa seorang yang baik. Entah bagaimana dia berkahwin dengan si lelaki durjana itu. Aku pun tak tahu dan inilah yang menjadi persoalannya. Tetapi kalau dah dinamakan jodoh, maka akan tersimpul juga sebuah ikatan itu.Jirannya menyatakan bahawa ada hikmah mangsa mati awal. Terpadam la penderitaanya. Inilah ayat-ayat simpati yang keluar daripada jiran sekeliling. Penderitaan dan kisahnya mungkin terpadam. Namun buat pembaca sekalian, ambil ikhtibar daripada kisah ini. Lelaki diciptakan untuk menjaga dan melindungi wanita. Andai wanita itu tidak sempurna dimatamu, kau didiklah kami. Jangan sesekali  kau kasari dan jangan  sesekali kau rendahkan martabat kami kerana kami inilah penerus generasimu kelak. Buat wanita sekalian, aku berpesan supaya berhati-hatilah apabila memilih pendamping hidupmu. Mungkin kita rasakan bahawa kita sepadan dengannya. Namun kadangkala proses suai padan itu menghadapi pelbagai ujian. Kenal pasti dirinya sebelum kau menerima dirinya. Sentiasalah berdoa agar kita bertemu jodoh yang soleh tiap kali kita solat.

2 comments:

  1. Dunia berumahtangga ni memang banyak dugaannya. Hm~

    ReplyDelete
  2. ni kisah benar yg sibuk terpampang di tv dgn surat khabar

    ReplyDelete