Sunday, March 25, 2012

Tercipta bait-bait indah buat mereka

Azam ini akanku cuba
Zahirkan semampunya
Akrab sebuah persahabatan tercipta daripada persahabatan ini
Naluriku yang suci berdoa agar
Aman sentiasa berdamping di hatiku.

Amanah menjadi peganganku 
Tabah itu menjadi penguat hidup
Ikhlasku mencintai dia
Qari hidupku yang bisa menyemai
Akhlak murni dalam ruang jiwaku 
Hatiku pula ibarat setulus embun pagi yang dilimpahi kebahagiaan.

Fitrah naluri ini berbisik
Anganan bahagia tercipta seandainya aku
Zahirkan perasaan suci itu
Ilham yang tulus  ini terjelma pabila
Lahir cinta buatnya.
Luhur aku menyayanginya 
Akrab itu menjadi tali silaturrahim
Hubungan persahabatan nan abadi.

Akrab perhubungan itu telah tercipta
Indah pandangan matanya menusuk ke dalam hati
Naluri kewanitaanku yang  suci berbisik sesuatu 
Impian indah kami mungkin akan bersatu

Semangat itu telah aku pupuk
Harapan itu telah mula bercambah
Akal ini mula dihimpit pelbagai persoalan
Hati ini adakah akan terus mekar berbunga?
Impian ini adakah  milik kita?
Demi sebuah perhubungan nan indah
Aku terus melangkah dengan berani
Tekad ini aku genggam dengan erat
Untuk mempertahankan perhubungan kita
Lafaz indah tidak akan pernah terhenti di bibirku
Fahamilah jiwa ini
Akuilah keikhlasan ini
Renungilah sinar mataku yang tulus
Ingatilah janji yang telah kita pateri
Hargailah perhubungan yang telah kita bina
Akhirnya kita akan menuju kemanisan sebuah perhubungan
Hayatilah kisah manis ini dengan hati yang ikhlas


Thursday, March 15, 2012

Keraguan

Aku mahu ke kiri
Tetapi mahu juga ke kanan
Namun hati ini bercambah dengan keraguan
Benak ini berkecamuk dengan persoalan
Biarlah aku terus diulit awan
Lena tatkala di manja dinginnya
Sehingga bisa melupakan kenangan lama
Katamu ikutilah naluri wanitamu
Kerna kebenaran itu pasti bertemu
Jangan sesekali kau bersembunyi di sebalik awan,
Kerna perkara itu tak akan pernah terungkai,
Damai yang  tercipta itu  hanyalah sementara,

Monday, March 12, 2012

Bebayang hitam


Semakin lama memikirkan dia
Semakin sukar untuk dilupa
Dia kini telah menjadi bebayang hitam
Sentiasa berdamping setiap masa
Acap kali kasih baru tercipta
Dia cuba menghapuas bebayang hitam itu
Namun cahaya kasih itu terlalu lemah
Hati si pemilik tidak merelakan pemergiannya
Walau bibir berkata dia telah pergi
Hakikatnya dia masih  hidup dalam kenangan silam
Sanggup meminggirkan kasih yang mula bertandang
Demi bertemankan sebuah  kenangan silamnya


Ilham oh ilham....

Usya semut kot2 da ilham

Menulis merupakan perkara yang mudah.  Hanya perlu sediakan pen dan sehelai kertas.  Saya cadangkan gunalah pensil daripada pen sebab senang sikit nak padam  kalau salah . Saya akui ramai mampu menulis. Menulis itu ternyata amat senang kalau ada ilham. Kalau ilham datang, sepantas kilat 20 cerpen, 10 skrip drama dan 50 puisi boleh siap dalam sehari. Tetapi kalau ilham tu x muncul2 memang pensil akan sentiasa terselit dicelah telinga. Kertas pula mula la dibuat origami ataupun lipat2 buat kapal terbang. Terbang sana, terbang sini. Paling senang gumpal2 kertas  lepas tu baling sana, baling sini. Pelbagai cara orang buat untuk dapatkan ilham. Kadang2 perkara pelik pun sanggup dibuat semata-mata nak dapatkan ilham. Perkara yang pelik ini yang akan melahirkan sebuah tulisan yang unik. Bila ilham yang pelik ini di damping pula dengan imaginasi maka seseorang itu mulalah x makan, tersengih2 sorang, t’gelak sorang dan apa2 ja la. Cara saya tulis ni macam senang sangat nak menulis. Tapi persoalannya betul ka menulis tu senang?  Kalau mencari Idham memang senang. Anda jawab ler sendiri

Tuesday, December 27, 2011

Pesanan Penaja....

Apa yang anda tafsir.

Mengingatkan ialah budaya yang disukai. Mengingatkan kawan, adik, kakak, pak su, mak su, achik, angah, alang, along, anje, dan semua orang (guna semua lagi selamat, tak ada yang terasa hati bila nama x disebut) dapat mengelakkan seseorang itu daripada terlupa. Banyak benda yang diguna untuk memudahkan proses mengingat. Ada yang guna nota comel2, buat banting, lekat stiker, tulis di kalender, di dalam handphone, di dalam diari, dan seangkatan dengannya. Pernah tak kamu semua tersalah tafsir pesanan seseorang? Rasanya mungkin ada yang pernah. Niatnya betul. Berpesan ke arah kebaikan. Tapi bila penguasaan makna dalam Bahasa Melayu kurang mahir, ayat yang ditulis jadi makna lain pula. Kamu semua mesti kurang paham dengan ayat ni kan? Jangan risau sebab  saya telah sediakan contoh. Sila lihat gambar di atas apa yang kamu tafsirkan? Kalau saya, pemandu bas ni suruh buang sampah di dalam bas. Patut la bila saya naik bas awam banyak sampah. Jadi jangan salahkan penumpang kalau bas anda banyak sampah.

Suka saya ingatkan sekali lagi, blog  saya x sesuai dijadikan rujukan sebab ayatnya x guna bahasa Melayu yg betul. Gunalah buku ilmiah sbg rujukan. Sekian.

Monday, November 28, 2011

C.I.N.T.A

Ceria akan muncul andai kau pandai memilih teman hidupmu.
Ikhlaskan hatimu untuk menerimanya bukan mempermainkan perasaannya
Nurani sebuah percintaan sekiranya berpegang pada keimanan
Tabah menghadapi dugaan bersama di kala susah bukan setia dikala senang.
Akal yang membimbing perhubungan cintamu bukan nafsumu.

Kata orang cinta itu buta. Cinta tak pernah buta tetapi manusia yang buta dalam menilai cinta. Andai kau belum mempunyai cinta, biarkan cinta mencarimu. Jangan sesekali kau mencari cinta kerana kau belum mempuyai cinta. Cinta yang terburu-buru akan mengundang gulana dalam hatimu. Kata orang cinta setia terjelma pabila kau sanggup berkorban apa sahaja. Ya itu aku akui tetapi kau perlu bijak untuk membezakan antara pengorbanan dan kebodohan dalam bercinta. Kebodohan bercinta terjadi pabila kau sanggup lakukan segalanya demi cintamu sehingga melanggar batas kebenaran. Cinta itu sebenarnya memerlukan pemilihan pasangan yang teliti kerana cinta itu suci. Istilah suci itu perlu kau pelihara kerana itulah lambang kekuatan cintamu. Elakkan daripada mengintai ruang kemungkaran kerana walaupun kau hanya mengintai,  kau mungkin akan terjerumus ke jurang yang dalam. Peliharalah cintamu sebaik mungkin.


Lakukan pemilihan dengan berhemah

 Pesanan daripada: Sri kandis

Friday, November 25, 2011

Finishing School

Mungkin agak terlewat kalau saya nak cerita tentang Finishing School waktu sekarang. Tapi pengalaman tak sama dan tak akan diketahui kalau tak dicerita. Pengalaman hadir ke Finishing School tempoh  hari memang tak dapat dilupa. Kelakar pun ada. Mula-mula memang tak mau pergi sebab tak ada teman. Maklumlah tersesat daripada budak kelas yang lain. Hari pertama dah terlewat masuk kelas. Masuk kelas siap berkenalan dengan beberapa orang sahabat baru. Tapi agak pelik bila terlalu ramai calon fakulti pendidikan. Setahu saya dalam senarai kumpulan dekat esmp ada dua orang ja. Saya buat keputusan tunggu senarai nama diedar. Setengah jam tunggu tak diedar la pulak senarai nama. Saya hantar mesej dekat kawan-kawan dekat kolej suruh check sekali lagi saya sebenarnya kumpulan berapa. Malang la pula bila depa tak reply mesej. Agaknya tidur terlalu lena dibuai mimpi indah kot. Nasib baik dalam ramai-ramai ada sorang yang reply mesej. Rupa-rupanya salah kelas. Malunya. Saya pelan-pelan angkat tangan minta diri masuk ke kumpulan lain. Fasi pula suruh explain macam mana saya boleh tersedar. Terkial-kial speaking dan  mata-mata lain khusyuk memandang. Malu kot. Yang paling kelakar bila saya masuk kelas asal dengan menyelinap waktu orang lain tengah sibuk susun kerusi. Hebat bila fasi tak perasan. Finishing School ini tak buat saya rasa sangat bosan sebab fasi yang baik dan memahami pelajar. Apa yang paling penting, pengalaman kat Finishing School ini mengajar saya untuk berani. Semuanya kena tempuh sorang-sorang. Sahabat boleh dicari asalkan kita pandai mengikut situasi yang dilalui.
·   
       ++ Penggunaan bahasa yang sekadar untuk suka-suka. Banyak bahasa rojak. Jangan jadikan rujukan tesis atau eseimen k. Hehehe =)